Sunday 26 February 2012

Lalat! Faedah atau Sebaliknya...



حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ قَالَ حَدَّثَنِي عُتْبَةُ بْنُ مُسْلِمٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ بْنُ حُنَيْنٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالْأُخْرَى شِفَاءً "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” SURAH AL-HAJJ (22): “Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).” Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali dengan nama dimestica. Lalat jinak ini mudah ditemui dan berada di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Ia boleh hidup dalam persekitaran dan keadaan yang pelbagai. Luther West dalam The Housefly menyebut, lalat jenis musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru, apabila Nabi Muhammad s.a.w berkata berkenaan lalat, besar kemungkinan beliau sedang menceritakan berkenaan lalat ini. PENYAKIT DARI LALAT Pada abad kesembilan belas, tahun 1871, Profesor J. Leidy telah menjalankan kajian dan mendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteris dan dalamannya mengandungi enam hingga lapan kali ganda kuman berbanding luarannya. Lalat juga dikenal pasti sebagai serangga pembawa penyakit demam kepialu atau thyphoid, taun atau cholera, cirit birit atau bacillary dysentery dan banyak lagi. MEMBUNUH KUMAN Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938 mendapati kuman-kuman virus di dalam badan lalat berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacterioophage yang mampu membunuh kuman-kuman sophylococcus muscae, Escherichia coli, salmonella paratyphi dan eberthella typhosa. RUMUSAN Hadis lalat ini menampakkan keunikan dan kebaikan lalat. Perkara ini terbukti pada hari ini apabila sains moden menjadikan lalat buah, khususnya drosophila melanogaster sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia, termasuk dalam aspek genetic. Nabi Muhammad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.

No comments:

Post a Comment