Saturday 7 July 2012

Daku tidak lagi memikirkan jawatan tinggi

Setelah sekian lama bekerja sebagai orang bawah.  Terfikir sejenak beberapa jawatan yang agak tinggi juga yang menjadi igauan muda mudi daku pula tolak dan tinggalkan begitu sahaja nikmat dunia tersebut.

Keghairahan daku untuk menalaqi ilmu agama menyebabkan daku tidak lagi menghiraukan jawatan dunia ini.  Sehingga kini daku hanya bekerja sebagai kerani dan dalam istilah lain orang bawah yang bersiap sedia memberi perkhidmatan.

Seketika dahulu daku pernah ditawarkan jawatan pengurus di sebuah estet hasil pengalaman yang daku ada dan bukan hasil kelulusan tinggi manapun.  Tapi daku tidak melayani tawaran tersebut bahkan jawatan di salah sebuah firma arkitek juga daku tolak mentah-mentah.

Entah apa sebab jadi demikian daku pun tidak tahu.  Tetapi apa yang pasti memang daku tidak suka menjadi orang atasan kerana lebih selesa duduk di bawah menanti arahan orang atasan.

Malangnya apa yang berlaku sekarang ramai yang berkelulusan tinggi tetapi bekerja sebagai orang bawahan dan malas pula buat kerja mengikut jawatan mereka ketika itu.  Alasannya kerana kelulusan tinggi mereka.

Sungguh malang manusia begini.  Mahu kerja bukan main tetapi bila dah dapat sombong dan perasan tugas mereka ikut kelulusan.

Kalau bergaji kerani buat le kerja kerani, kalau gaji tukang sapu sampah buat le kerja sapu sampah.  Bukan bila sudah diberi tugas berlagak mengikut kelulusan mereka.

Kerana inilah ramai yang tidak merasai nikmat kerja dan keberkatan rezeki.  Mereka bekerja tetapi tidak meredhai apa yang mereka lakukan.

Walaupun kita ada kelulusan tinggi manapun lakukanlah mengikut apa  yang sepatutnya. Kalau tidak mahu sepatutnya dari awal jangan minta kerja yang kelayakan Diploma kalau anda ada Ijazah.  Jangan minta kerja kelulusan SPM jika anda ada Diploma dan janganlah minta jawatan yang memerlukan UPSR jika anda ada SPM.

Kebesaran Ilahi (Gambar-gambar peribadi yang diambil sendiri) secara tidak senggaja

Khalimah Allah Semasa ana melalui Jalan Duta
 Khalimah Allah semasa ana membeli belah di Bandar Baru Bangi Seksyen 9
 Khalimah Allah semasa ana melalui Kajang menuju Highway Lekas
Awan berupa orang sedang tahiyat pada bulan Rejab 2011 semasa ana menuju Putrajaya