Saturday 24 March 2012

TASAWUF SESAT ATAU SEBALIKNYA?


Sebenarnya ramai yang masih tidak faham apa itu tasawuf,sufi,tarekat dan yang seangkatan dengannya. Masyarakat sekadar tahu melabelkan dengan istilah sesat dan bidaah semata-mata tanpa kajian dan budibicara ilmiah. Kekadang mulut berkata-kata tanpa tidak menyedari siapa di hadapan mereka. Kerana mulut, hilang kawan. Kerana mulut juga ilmu yang kita ada rupanya menyerlahkan lagi kekurangan. Tasawuf memang masih tidak dijumpai istilah asal atau bahasa apa sebenarnya sebutan tersebut. Sebelum ini, zuhud, ihsan, ilham, sabar, tawadu’ dan ikhlas hampir sama apa yang hendak dibincangkan. Sebenarnya masyarakat sekarang lebih mudah memahami Pembersihan rohani berbanding istilah tasawuf itu sendiri. Buku tentang kesesatan dan pembicaran tentang tasawuf memang banyak di pasaran sehingga ramai golongan-golongan baru dalam bidang agama sendiri banyak melabelkan golongan tasawuf ini bidaah semata-mata. Kerana inilah ramai pemimpin, golongan tinggi agama dan cendiakawan-cendiakawan ramai di dunia ini dalam keadaan cinta dunia dan jauh dengan kewarakan. Mengapa jadi begini?. Tidak lain tidak bukan kerana mereka langsung tidak mendekatkan diri dengan kebersihan rohani kerana tepesong dan sengaja menjauhkan diri dengan tasawuf atau keikhklasan niat. Tidak salah menjauhkan diri dengan tasawuf tetapi kebersihan rohani sebenarnya sangat perlu. Tasawuf sekadar pengenalan untuk memudahkan kita faham. Dalam erti kata lain sekadar tajuk untuk kita tahu apa isi kandungannya. Kupas dan cuba rasa dahulu. Memang benar ada golongan yang sesat dalam pengambilan tasawuf. Tetapi yang sesat sebenarnya mengambil tajuk sahaja tetapi di dalamnya tiada langsung pengisian yang masih boleh diterima pakai oleh golongan alim hadith. Sehinggakan kini golongan sufi mula menerima habuan fitnah dari masyarakat. Sebenarnya jika dilihat golongan-golongan tasawuf, merupakan ulama-ulama yang memang alim dengan ilmu agama terutama dalam bidang hadith. Mana mungkin yang mereka amalkan adalah bidaah dan sesat semata-mata. Cuma peredahan masa telah mengubah semuanya dalam pengenalan ilmu tasawuf. Semakin hari semakin ramai yang sesat kerana mengambil tasawuf sahaja tanpa ilmu-ilmu yang lain. Golongan pelampau-pelampau agama inilah sebenarnya yang telah membuatkan masyarakat mula memandang serong di dalam ilmu rohani ini. Jika kita lihat dari matan-matan hadith sahih sendiri telah membuktikan adanya unsur-unsur yang sangat berkaitan dengan ilmu tasawuf ini. Hadith mengenai niat, ihsan, sabar dan mementing saudara lebih dari diri sendiri memang ada dalam hadith dan bukan bidaah semata-mata. Jika kita bincangkan mengenai bidaah pula, sudah tentu ramai yang masih tidak tahu bidaah ada yang tertolak dan dituntut. Bidaah yang ditolak sudah tentulah bidaah yang ditambah-tambah di dalam ibadat yang masih didalam perselesihan pendapat golongan agama. Sehinggakan adanya hadith-hadith palsu dan tertolak. Manakala yang dituntut pula ramai yang melakukannya. Apa itu?, bukankah menaiki kereta ke masjid juga bidaah?. Penciptaan kereta adalah bidaah sebenarnya kerana kita sudah ada kuda dan haiwan-haiwan tunggangan yang dicipta oleh Allah SWT. Bidaah adalah pembaharuan. Mengapa masih ada alim ulama,mufti,ustaz yang menaiki motosikal dan kereta ke masjid sedangkan ia bidaah?. Semestinya tidak kerana ini adalah kemajuan dimana ia dituntut oleh Islam sendiri. Oleh kerana itulah golongan-golongan yang baru mengenal agama perlu berhati-hati didalam apa jua pendapat,hujah dan biarlah ia bersandarkan Al Quran dan Sunnah. Negara kita sendiri mempunyai bahagian pemantau ajaran-ajaran tasawuf/tarekat ini. Bukannya semua tertolak dan bukan yang tidak diwartakan itu juga masih selamat. Oleh kerana inilah golongan-golongan yang faham dengan agama mereka cuba membaja jiwa mereka dengan ilmu tasawuf ini. Setiap insan sangat berbeza tahap kerohanian mereka. Zikir,sunat taubat,solat sunat dan puasa adalah amalan biasa alim ulama kita lakukan. Kerana inilah kita sebagai orang awam tidak dapat apa-apa khasiat yang alim ulama kita sudah perolehi. Kita banyak menghabiskan masa dengan berhujah tentang kesesatan tanpa mehiraukan perkara lain yang masih boleh dilakukan. Bagi golongan tasawuf maqam terdapat 2 bahagian. Matlub dan Ghairu Matlub. Matlub seperti ikhlas,sabar,zuhud dan lain-lain manakala Ghairu Matlub seperti khasaf,ilham dan keramat. Bila tersalah ambillah yang menyebabkan apa yang kita bincang tadi termasuk di dalam golongan Ghairu Matlub iaitu golongan yang semata-mata mahukan kelebihan dan nama sehingga menenggelamkan maksud sebenar pembersihan ruhani itu sendiri.