Friday 13 December 2013

MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA


Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpurapura zuhud dari dunia) untuk  mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". (Riwayat Tirmizi)

Friday 25 October 2013

BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi)

hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".

(Riwayat Abu Daud)

Keterangan:
 
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, Ramai mereka bermegah dan berlumba-lumba membina masjid untuk dibanggakan. Mereka hanya melihat keindahan masjid tanpa ada pengisian dan solat Jemaah di dalamnya.
 

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu

hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah

dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi

kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu.

Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus

terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak

di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah

menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan

dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan

pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air

hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini)

tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan

menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian

daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang

terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di

saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

(Riwayat Ibnu Majah)


Wednesday 2 October 2013

KISAH SEORANG SHEIKH YANG DIHORMATI ORANG DAN SANGAT MENGHORMATI ORANG LAIN


Adalah diceritakan bahawa seorang sheikh ini mempunyai seorang pemandu yang sentiasa bersama beliau di mana sahaja. Sehingga di satu ketika jika seseorang yang tidak dapat bertanya hal agama kepada sheikh tersebut sudah memadai untuk bertanya kepada pemandunya jika hal itu tidaklah berat sangat.  Pada suatu hari, satu jemputan telah menjemput sheikh yang sangat terkenal ini. Masjid yang berebut-rebut hendak menunjukkan kehebatan mereka bahawa mereka  boleh juga menjemput penceramah hebat-hebat seperti masjid yang lain sebenarnya tidak mengenali pun sheikh tersebut.

Semasa di dalam perjalanan menuju masjid yang dijemput. Sheikh tersebut telah meminta pemandunya untuk menukar tempat duduk dan sheikh tersebut menjadi pemandu. Pesanan sheikh tersebut agar pemandunya memberi kuliah seperti mana yang selalu dia kuliahkan kerena berkeyakinan bahawa pemandunya juga mampu untuk berceramah kerana setiap kali kuliah disampaikan disitu jugalah pemandunya menjadi murid.

Sesampainya di perkarangan masjid, jemaah pun membuka pintu penumpang yang menempatkan pemandu kepada sheikh. Lalu tangan pemandu itu dicium dan dipeluk oleh pengerusi dan jawatankuasa masjid kerana menganggap itulah sheikh yang dijemput.

Kuliah pun bermula.... Seperti biasa, jemaah kagum dengan kuliah yang diberi tetapi sebenarnya pengerusi masjid telah berhasrat untuk menanyakan soalan memandangkan beliau berkelulusan Phd bidang agama dan kesempatan ini bolehlah juga menunjukkan kehebatan beliau sebagai pengerusi masjid dengan egonya.

Setelah habis kuliah tidak semena-mena pengerusi pun menujukan soalan yang menyebabkan pemandu tersebut tidak menjangkakan soalan akan ditanyakan  kerana sepanjang beliau mengikuti kuliah sheikhnya tidak satu pun soalan pernah diajukan oleh mana-mana pihak.

Soalan pun bermula, “bla...bla..bla..” oleh pengerusi surau yang menyebabkan ramai jemaah kagum walaupun itu sekadar soalan dan jemaah pun ternanti-nanti jawapan dari sheikh yang sebenarnya pemandu sahaja. Dengan tersenyum pemandu itu pun menjawab kepada pengerusi tersebut sehingga menyebabkan pengerusi itu malu-malu semalunya. Jawapannya begini, “ Oh... kenapa kamu bertanya soalan yang pemandu saya juga boleh menjawabnya?. Wahai pemanduku, tolonglah jawab soalan mudah ini”. Lalu sheikh pun bangun menjawab satu persatu soalan agama tersebut menyebabkan nama sheikh itu semakin terkenal.
Apakah pengajaran cerita ini?

Sunday 29 September 2013

AL QURAN AKAN HILANG DAN ILMU AKAN DIANGKAT

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Islam akan

luntur (lusuh) seperti lusuhnya corak (warna-warni) pakaian (bila ia telah lama dipakai),

sehingga (sampai suatu masa nanti) orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan

dengan puasa, dan apa yang dimaksudkan dengan sembahyang dan apa yang

dimaksudkan dengan nusuk (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan sedekah. Dan Al-

Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka (pada esok harinya)

tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat. Maka yang

tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, diantaranya orang-orang tua, lakilaki

dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, "Kami sempat menemui nenek

moyang kami memperkatakan kalimat "La ilaha illallah", lalu kami pun mengatakannya

juga". Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), "Apa yang dapat dibuat

oleh La ilaha illallah (apa gunanya La ilaha illallah) terhadap mereka, sedangkan mereka

sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan

sedekah"? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya (Shilah yang bertanya).

Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan

mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga

akhirnya Huzaifah menjawab, "Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api

neraka" (Huzaifah memperkatakan jawapan itu tiga kali). (Riwayat Ibnu Majah)


Ulama Pewaris Nabi

Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

Wednesday 4 September 2013

Kiamat



 

  • Hadis riwayat Zainab binti Jahsy ra.:
    Bahwa Nabi saw. bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallaah, celakalah orang-orang Arab karena suatu bencana akan terjadi, yaitu hari ini dinding (bendungan) Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.
    (Shahih Muslim No.5128)

 

  • Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
    Rasulullah saw. bergerak-gerak di dalam tidurnya, maka kami bertanya: Wahai Rasulullah, ketika engkau tidur, engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan? Beliau menjawab: Mengherankan! Ada sekelompok manusia dari umatku yang datang menuju Baitullah karena seorang lelaki Quraisy yang berlindung di Baitullah, sehingga ketika mereka telah tiba di suatu padang sahara mereka dibenamkan. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, di jalan itu banyak berkumpul manusia? Beliau menjawab: Benar! Di antara mereka terdapat orang yang pintar, orang yang terpaksa dan ada juga orang yang dalam perjalanan mereka seluruhnya binasa dalam satu waktu lalu mereka akan dibangkitkan oleh Allah di tempat yang berbeda-beda sesuai dengan niat mereka.
    (Shahih Muslim No.5134)

 

  • Hadis riwayat Usamah ra.:
    Bahwa Nabi saw. menaiki salah satu bangunan tinggi di Madinah, kemudian beliau bersabda: Apakah kalian melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat terjadinya fitnah di antara rumah-rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan.
    (Shahih Muslim No.5135)

 

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Akan terjadi fitnah di mana orang yang duduk (menghindar dari fitnah itu) lebih baik daripada yang berdiri dan orang yang berdiri lebih baik daripada yang berjalan dan orang yang berjalan lebih baik daripada yang berlari (yang terlibat dalam fitnah). Orang yang mendekatinya akan dibinasakan. Barang siapa yang mendapatkan tempat berlindung darinya, hendaklah ia berlindung.
    (Shahih Muslim No.5136)

 

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Rasulullah saw. bersabda: Hari kiamat tidak akan terjadi kecuali setelah dua golongan besar saling berperang sehingga pecahlah peperangan hebat antara keduanya padahal dakwah mereka adalah satu.
    (Shahih Muslim No.5142)

 

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Tidak akan terjadi hari kiamat kecuali setelah banyak peristiwa haraj. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah, apakah haraj itu? Beliau menjawab: Pembunuhan, pembunuhan.
    (Shahih Muslim No.5143)

 

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum sungai Euphrat menyingkap gunung emas, sehingga manusia saling membunuh (berperang) untuk mendapatkannya. Lalu terbunuhlah dari setiap seratus orang sebanyak sembilan puluh sembilan dan setiap orang dari mereka berkata: Semoga akulah orang yang selamat.
    (Shahih Muslim No.5152)


  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum api muncul dari tanah Hijaz yang dapat menerangi leher-leher unta di Basrah.
    (Shahih Muslim No.5164)

 

  • Hadis riwayat Ibnu Umar ra.:
    Bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda sambil menghadap ke arah timur: Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana! Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana. Yaitu tempat muncul tanduk setan.
    (Shahih Muslim No.5167)


  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum pinggul-pinggul kaum wanita suku Daus bergoyang di sekeliling Dzul Khalashah, yaitu sebuah berhala yang disembah suku Daus di Tabalah pada zaman jahiliah. (Tabalah adalah nama daerah di Yaman).
    (Shahih Muslim No.5173)

 

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum kalian memerangi suatu kaum yang wajahnya seperti perisai dan kiamat tidak akan tiba sebelum kalian memerangi suatu kaum yang sandalnya terbuat dari bulu.
    (Shahih Muslim No.5184)

 
  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum kaum muslimin memerangi orang-orang Yahudi, lalu kaum muslimin dapat mengalahkan (membunuh) mereka, sampai-sampai seorang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon lalu batu dan pohon itu berseru: Hai orang muslim, hai hamba Allah, ini seorang Yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah dia! Kecuali pohon gharqad (sejenis pohon cemara atau pohon berduri), karena pohon itu adalah pohon orang Yahudi.
    (Shahih Muslim No.5203)

 

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Dari Nabi saw., beliau bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta yang berjumlah sekitar tiga puluh, semuanya mengaku bahwa ia adalah utusan Allah.
    (Shahih Muslim No.5205)

 

  • Hadis riwayat Anas bin Malik ra. ia berkata:
    Rasulullah saw. bersabda: Tidak seorang nabi kecuali ia telah memperingatkan kaumnya terhadap sang pendusta yang buta sebelah mata. Ketahuilah bahwa Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Tuhanmu tidak buta sebelah mata dan di antara kedua matanya tertulis "kaaf", "faa", "raa".
    (Shahih Muslim No.5219)

 

  • Hadis riwayat Hudzaifah ra., ia berkata:
    Rasulullah saw. bersabda: Dajjal itu buta mata kirinya, berambut lebat, ia membawa surga dan neraka, nerakanya adalah surga dan surganya adalah neraka.
    (Shahih Muslim No.5222)

 

  • Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Rasulullah saw. bersabda: Inginkah kamu sekalian aku beritahukan tentang Dajjal, suatu keterangan yang belum pernah diceritakan seorang nabi kepada kaumnya? Sesungguhnya ia buta sebelah mata, ia datang dengan membawa sesuatu seperti surga dan neraka. Maka apa yang dikatakannya surga adalah neraka dan aku telah memperingatkan kalian terhadapnya sebagaimana Nabi Nuh telah memperingatkan kaumnya.
    (Shahih Muslim No.5227)

 

  • Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra., ia berkata:
    Suatu hari Rasulullah saw. pernah bercerita kepada kami suatu cerita panjang tentang Dajjal. Di antara yang beliau ceritakan kepada kami adalah: Ia akan datang tetapi ia diharamkan memasuki jalan-jalan Madinah, kemudian ia tiba di tanah lapang tandus yang berada di dekat Madinah. Lalu pada hari itu keluarlah seorang lelaki yang terbaik di antara manusia atau termasuk manusia terbaik menemuinya dan berkata: Aku bersaksi bahwa kamu adalah Dajjal yang telah diceritakan Rasulullah saw. kepada kami. Dajjal berkata: Bagaimana pendapat kalian jika aku membunuh orang ini lalu menghidupkannya lagi, apakah kamu masih meragukan perihalku? Mereka berkata: Tidak! Maka Dajjal membunuhnya lalu menghidupkannya kembali. Ketika telah dihidupkan, lelaki itu berkata: Demi Allah, aku sekarang lebih yakin tentang dirimu dari sebelumnya. Maka Dajjal itu hendak membunuhnya kembali, namun ia tidak kuasa melakukannya.
    (Shahih Muslim No.5229)

 

  • Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
    Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada satu negeri yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah, dan tidak ada satu jalan di Madinah, kecuali terdapat malaikat yang berbaris menjaganya. Maka Dajjal singgah di daerah rawa, kemudian Madinah bergoncang tiga kali goncangan, sehingga seluruh orang kafir dan munafik keluar dari sana menuju ke tempat Dajjal.
    (Shahih Muslim No.5236)

 

  • Hadis riwayat Sahal bin Saad ra., ia berkata:
    Aku mendengar Nabi saw. bersabda sambil memberikan isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah: Waktu aku diutus (menjadi rasul) dan waktu hari kiamat adalah seperti ini (mengisyaratkan dekatnya waktu kiamat).
    (Shahih Muslim No.5244)