Adalah diceritakan bahawa seorang sheikh ini mempunyai
seorang pemandu yang sentiasa bersama beliau di mana sahaja. Sehingga di satu
ketika jika seseorang yang tidak dapat bertanya hal agama kepada sheikh
tersebut sudah memadai untuk bertanya kepada pemandunya jika hal itu tidaklah
berat sangat. Pada suatu hari, satu
jemputan telah menjemput sheikh yang sangat terkenal ini. Masjid yang berebut-rebut
hendak menunjukkan kehebatan mereka bahawa mereka boleh juga menjemput penceramah hebat-hebat
seperti masjid yang lain sebenarnya tidak mengenali pun sheikh tersebut.
Semasa di dalam perjalanan menuju masjid yang dijemput.
Sheikh tersebut telah meminta pemandunya untuk menukar tempat duduk dan sheikh
tersebut menjadi pemandu. Pesanan sheikh tersebut agar pemandunya memberi
kuliah seperti mana yang selalu dia kuliahkan kerena berkeyakinan bahawa
pemandunya juga mampu untuk berceramah kerana setiap kali kuliah disampaikan
disitu jugalah pemandunya menjadi murid.
Sesampainya di perkarangan masjid, jemaah pun membuka pintu
penumpang yang menempatkan pemandu kepada sheikh. Lalu tangan pemandu itu
dicium dan dipeluk oleh pengerusi dan jawatankuasa masjid kerana menganggap
itulah sheikh yang dijemput.
Kuliah pun bermula.... Seperti biasa, jemaah kagum dengan
kuliah yang diberi tetapi sebenarnya pengerusi masjid telah berhasrat untuk
menanyakan soalan memandangkan beliau berkelulusan Phd bidang agama dan
kesempatan ini bolehlah juga menunjukkan kehebatan beliau sebagai pengerusi
masjid dengan egonya.
Setelah habis kuliah tidak semena-mena pengerusi pun
menujukan soalan yang menyebabkan pemandu tersebut tidak menjangkakan soalan
akan ditanyakan kerana sepanjang beliau
mengikuti kuliah sheikhnya tidak satu pun soalan pernah diajukan oleh mana-mana
pihak.
Soalan pun bermula, “bla...bla..bla..” oleh pengerusi surau
yang menyebabkan ramai jemaah kagum walaupun itu sekadar soalan dan jemaah pun
ternanti-nanti jawapan dari sheikh yang sebenarnya pemandu sahaja. Dengan
tersenyum pemandu itu pun menjawab kepada pengerusi tersebut sehingga
menyebabkan pengerusi itu malu-malu semalunya. Jawapannya begini, “ Oh...
kenapa kamu bertanya soalan yang pemandu saya juga boleh menjawabnya?. Wahai
pemanduku, tolonglah jawab soalan mudah ini”. Lalu sheikh pun bangun menjawab
satu persatu soalan agama tersebut menyebabkan nama sheikh itu semakin
terkenal.
Apakah
pengajaran cerita ini?
No comments:
Post a Comment