Sunday 16 September 2012

Beberapa Perkara Mengenai Alam Ghaib Yang Kita Tak Tahu..

Ketahuilah bahawa Baginda Rasulullah juga tidak dapat melihat alam ghaib tanpa keizinan Allah.  Bagaimana pula kita terlampau percaya kepada dukun-dukun yang hebat yang mengatakan boleh melihat alam ghaib?
Alam ghaib merupakan satu rahsia yang hanya Allah sahaja mengetahui. 

Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok, tidak seorang pun yang mengetahui bayi yang ada dalam kandungan, tidak seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati dan tidak seorang pun tahu bila hujan akan turun.

Jika ada yang mengatakan tahu tentang 5 perkara tersebut sudah tentu mereka sebenar dusta.  Seseorang yang boleh melihat alam ghaib hanya dengan izin Allah sahaja.  Itupun sedikit atau sebahagian.  walhal orang yang terasa berada dialam ghaib sekalipun perlu berwaspada takut-takut itu tipu daya syaitan bukan kelebihan yang Allah berikan.