Friday 25 October 2013

BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anas bin Malik r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak berlaku (terjadi)

hari qiamat sehingga umat ku bermegah-megah (dengan binaan) masjid".

(Riwayat Abu Daud)

Keterangan:
 
Di antara tanda hampirnya hari qiamat, Ramai mereka bermegah dan berlumba-lumba membina masjid untuk dibanggakan. Mereka hanya melihat keindahan masjid tanpa ada pengisian dan solat Jemaah di dalamnya.
 

LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu

hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah

dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi

kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu.

Perkara-perkara itu ialah:

1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus

terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak

di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah

menimpa umat-umat yang telah lalu.

2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan

dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan

pepimpin mereka.

3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air

hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini)

tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan

menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian

daripada apa yang ada di tangan mereka.

5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang

terkandung dalam Al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di

saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".

(Riwayat Ibnu Majah)


Wednesday 2 October 2013

KISAH SEORANG SHEIKH YANG DIHORMATI ORANG DAN SANGAT MENGHORMATI ORANG LAIN


Adalah diceritakan bahawa seorang sheikh ini mempunyai seorang pemandu yang sentiasa bersama beliau di mana sahaja. Sehingga di satu ketika jika seseorang yang tidak dapat bertanya hal agama kepada sheikh tersebut sudah memadai untuk bertanya kepada pemandunya jika hal itu tidaklah berat sangat.  Pada suatu hari, satu jemputan telah menjemput sheikh yang sangat terkenal ini. Masjid yang berebut-rebut hendak menunjukkan kehebatan mereka bahawa mereka  boleh juga menjemput penceramah hebat-hebat seperti masjid yang lain sebenarnya tidak mengenali pun sheikh tersebut.

Semasa di dalam perjalanan menuju masjid yang dijemput. Sheikh tersebut telah meminta pemandunya untuk menukar tempat duduk dan sheikh tersebut menjadi pemandu. Pesanan sheikh tersebut agar pemandunya memberi kuliah seperti mana yang selalu dia kuliahkan kerena berkeyakinan bahawa pemandunya juga mampu untuk berceramah kerana setiap kali kuliah disampaikan disitu jugalah pemandunya menjadi murid.

Sesampainya di perkarangan masjid, jemaah pun membuka pintu penumpang yang menempatkan pemandu kepada sheikh. Lalu tangan pemandu itu dicium dan dipeluk oleh pengerusi dan jawatankuasa masjid kerana menganggap itulah sheikh yang dijemput.

Kuliah pun bermula.... Seperti biasa, jemaah kagum dengan kuliah yang diberi tetapi sebenarnya pengerusi masjid telah berhasrat untuk menanyakan soalan memandangkan beliau berkelulusan Phd bidang agama dan kesempatan ini bolehlah juga menunjukkan kehebatan beliau sebagai pengerusi masjid dengan egonya.

Setelah habis kuliah tidak semena-mena pengerusi pun menujukan soalan yang menyebabkan pemandu tersebut tidak menjangkakan soalan akan ditanyakan  kerana sepanjang beliau mengikuti kuliah sheikhnya tidak satu pun soalan pernah diajukan oleh mana-mana pihak.

Soalan pun bermula, “bla...bla..bla..” oleh pengerusi surau yang menyebabkan ramai jemaah kagum walaupun itu sekadar soalan dan jemaah pun ternanti-nanti jawapan dari sheikh yang sebenarnya pemandu sahaja. Dengan tersenyum pemandu itu pun menjawab kepada pengerusi tersebut sehingga menyebabkan pengerusi itu malu-malu semalunya. Jawapannya begini, “ Oh... kenapa kamu bertanya soalan yang pemandu saya juga boleh menjawabnya?. Wahai pemanduku, tolonglah jawab soalan mudah ini”. Lalu sheikh pun bangun menjawab satu persatu soalan agama tersebut menyebabkan nama sheikh itu semakin terkenal.
Apakah pengajaran cerita ini?