Sunday 4 November 2012

Apa Pula Pendapat Anda?...


Seorang hamba Allah yang telah menghabiskan masanya selama 3 tahun untuk mendapatkan Diploma Pengajian Agama dan  tidak sampai 5 tahun pula untuk terus segulung ijazah Pengajian Agama adakah sama dengan orang biasa yang selama cuma 4 tahun sahaja mendalami ilmu agama atau 12 tahun mendalami ilmu agama secara berpondok atau pun juga sekadar mendalami ilmu agama seberapa lamanya cuma di masjid-masjid sahaja?.....

Cuba anda lihat kiraan matematik atau cara perluasan ilmu di sini.  Kebiasaan ramai yang melihat apalah sangat pendidikan ilmu jika mereka belajar di pondok atau pun masjid.  Memang benar persoalan itu jika orang yang belajar di masjid atau pondok sekadar mendengar dan ada pula hari-hari yang mereka tidak dapat hadir.  Walhal belajar di masjid tidaklah pula adanya peperiksaan maka murid-murid yang mendengar kadang-kadang sambil lewa dalam bidang ilmu agama. 

Tetapi….. Adakah anda tahu dalam bidang ilmu agama ini ada masanya hamba Allah yang belajar di masjid lebih alim dan berpengetahuan luas ilmu agama mereka berbanding seorang pelajar yang sudah mendapat MA sekalipun di dalam ilmu agama.. 

Mengapa jadi begini?,…  Memang benar jika seorang yang sudah mendapat ilmu agama dengan segulung ijazah semestinya sudah diakui mutunya dalam pemahaman agama tetapi adamasanya yang belajar secara talaqi di masjid atau pondok-pondok agama kekadang mereka belajar secara berjadual juga melalui kitab-kitab yang diajar.  Bayangkan jika mereka juga belajar dengan berguru dari seorang ulama yang semestinya jelas kelulusan mereka dan cara mereka belajar pula dengan penuh kefahaman yang diterima oleh Allah SWT.  Adamasanya beberapa guru yang sangat alim agama mengajar tanpa sekatan dan memberi sepenuhnya ilmu yang mereka ada agar yang mendengar itu mendapat kefahaman seperti mana mereka faham.

Kerana inilah tidak hairan jika kita lihat ramai yang tiada segulung ijazah pun lebih alim adakalanya dari yang memang dah ada segulung ijazah.  Mengapa jadi begini?..  Sebenarnya guru yang mengajar di masjid-masjid, tok-tok guru yang mengajar, walhal professor dalam bidang agama yang dijemput  semestinya ilmu yang diberi memang sangat tinggi seolah-olah yang belajar pun sama pelajaran yang sedang mengikuti MA dalam bidang agama.  Itupun kalau guru-guru yang datang itu mengajar setaraf sedemikian.

Maka janganlah kita sia-siakan kuliah agama bahkan terimalah ilmu yang diberi sebaiknya.  Jangan terlalu seronok bangga kalau kita ada segulung ijazah agama kerana ilmu perlu ditambah takut yang belajar dengan tok-tok guru lebih alim dari kita kerana mereka belajar secara berkitab bermacam-macam.  Kita pula sekadar apa buku yang diberi.

Sedarkah kita ramai orang lebih suka tahu siapakah guru kita berbanding Universiti mana kita belajar?

No comments:

Post a Comment