Carilah guru untuk berilmu sebelum ilmu pergi tanpa bermurid - Fadhuli Al Katibun
Saturday, 21 July 2012
Saturday, 7 July 2012
Daku tidak lagi memikirkan jawatan tinggi
Setelah sekian lama bekerja sebagai orang bawah. Terfikir sejenak beberapa jawatan yang agak tinggi juga yang menjadi igauan muda mudi daku pula tolak dan tinggalkan begitu sahaja nikmat dunia tersebut.
Keghairahan daku untuk menalaqi ilmu agama menyebabkan daku tidak lagi menghiraukan jawatan dunia ini. Sehingga kini daku hanya bekerja sebagai kerani dan dalam istilah lain orang bawah yang bersiap sedia memberi perkhidmatan.
Seketika dahulu daku pernah ditawarkan jawatan pengurus di sebuah estet hasil pengalaman yang daku ada dan bukan hasil kelulusan tinggi manapun. Tapi daku tidak melayani tawaran tersebut bahkan jawatan di salah sebuah firma arkitek juga daku tolak mentah-mentah.
Entah apa sebab jadi demikian daku pun tidak tahu. Tetapi apa yang pasti memang daku tidak suka menjadi orang atasan kerana lebih selesa duduk di bawah menanti arahan orang atasan.
Malangnya apa yang berlaku sekarang ramai yang berkelulusan tinggi tetapi bekerja sebagai orang bawahan dan malas pula buat kerja mengikut jawatan mereka ketika itu. Alasannya kerana kelulusan tinggi mereka.
Sungguh malang manusia begini. Mahu kerja bukan main tetapi bila dah dapat sombong dan perasan tugas mereka ikut kelulusan.
Kalau bergaji kerani buat le kerja kerani, kalau gaji tukang sapu sampah buat le kerja sapu sampah. Bukan bila sudah diberi tugas berlagak mengikut kelulusan mereka.
Kerana inilah ramai yang tidak merasai nikmat kerja dan keberkatan rezeki. Mereka bekerja tetapi tidak meredhai apa yang mereka lakukan.
Walaupun kita ada kelulusan tinggi manapun lakukanlah mengikut apa yang sepatutnya. Kalau tidak mahu sepatutnya dari awal jangan minta kerja yang kelayakan Diploma kalau anda ada Ijazah. Jangan minta kerja kelulusan SPM jika anda ada Diploma dan janganlah minta jawatan yang memerlukan UPSR jika anda ada SPM.
Keghairahan daku untuk menalaqi ilmu agama menyebabkan daku tidak lagi menghiraukan jawatan dunia ini. Sehingga kini daku hanya bekerja sebagai kerani dan dalam istilah lain orang bawah yang bersiap sedia memberi perkhidmatan.
Seketika dahulu daku pernah ditawarkan jawatan pengurus di sebuah estet hasil pengalaman yang daku ada dan bukan hasil kelulusan tinggi manapun. Tapi daku tidak melayani tawaran tersebut bahkan jawatan di salah sebuah firma arkitek juga daku tolak mentah-mentah.
Entah apa sebab jadi demikian daku pun tidak tahu. Tetapi apa yang pasti memang daku tidak suka menjadi orang atasan kerana lebih selesa duduk di bawah menanti arahan orang atasan.
Malangnya apa yang berlaku sekarang ramai yang berkelulusan tinggi tetapi bekerja sebagai orang bawahan dan malas pula buat kerja mengikut jawatan mereka ketika itu. Alasannya kerana kelulusan tinggi mereka.
Sungguh malang manusia begini. Mahu kerja bukan main tetapi bila dah dapat sombong dan perasan tugas mereka ikut kelulusan.
Kalau bergaji kerani buat le kerja kerani, kalau gaji tukang sapu sampah buat le kerja sapu sampah. Bukan bila sudah diberi tugas berlagak mengikut kelulusan mereka.
Kerana inilah ramai yang tidak merasai nikmat kerja dan keberkatan rezeki. Mereka bekerja tetapi tidak meredhai apa yang mereka lakukan.
Walaupun kita ada kelulusan tinggi manapun lakukanlah mengikut apa yang sepatutnya. Kalau tidak mahu sepatutnya dari awal jangan minta kerja yang kelayakan Diploma kalau anda ada Ijazah. Jangan minta kerja kelulusan SPM jika anda ada Diploma dan janganlah minta jawatan yang memerlukan UPSR jika anda ada SPM.
Kebesaran Ilahi (Gambar-gambar peribadi yang diambil sendiri) secara tidak senggaja
Khalimah Allah Semasa ana melalui Jalan Duta
Khalimah Allah semasa ana membeli belah di Bandar Baru Bangi Seksyen 9
Khalimah Allah semasa ana melalui Kajang menuju Highway Lekas
Awan berupa orang sedang tahiyat pada bulan Rejab 2011 semasa ana menuju Putrajaya
Khalimah Allah semasa ana membeli belah di Bandar Baru Bangi Seksyen 9
Khalimah Allah semasa ana melalui Kajang menuju Highway Lekas
Awan berupa orang sedang tahiyat pada bulan Rejab 2011 semasa ana menuju Putrajaya
Tuesday, 1 May 2012
Aku Seorang Kerani
Sedikit sebanyak tentang diri yang kerdil ini. Bukan untuk masuk bakul angkat sendiri tetapi untuk aku lebih menginsafi.
Kekadang diri ini malu bila berjumpa orang
yang tidak mengenali. Mereka lebih mesra
memanggil ustaz pada diri yang langsung tiada kelulusan tinggi agama. Tapi aku bersyukur kerana mungkin mereka nampak
baik agaknya.
Aku tidaklah tinggi ilmu agama tetapi gemar bertanya dan
bersila di hadapan ayah yang suka berbicara agama sejak aku tadika lagi. Ayah asalnya ada kumpulan muzik sendiri. Orang lama katakan. Tetapi meninggalkan alam hiburan setelah malu
dengan seorang imam yang langsung tidak melarang berhibur tetapi selalu menegur
agar solat berjemaah. Maklumlah
balairaya tempat berlatih muzik dekat sangat dengan masjid.
Kisah mulanya berbunyi begini. Aku telah dilahirkan di sebuah perkampungan
felda. Ayahku bekerja sebagai buruh di
kilang sawit di mana abang dan kakakku sudah lahir ketika itu. Mereka
dilahirkan secara susah di sebelah utara sana.
Ibuku merupakan seorang anak kepada Sheikh Haji bahkan ayah
pula seorang anak kepada kerabat di raja kerajaan lama di sebelah utara
sana. Ayah membawa ibu untuk berdikari
dan hidup secara susah dulu, berdoa agar senang kemudian hari.
Aku dilahirkan dengan penuh sederhana. Dengar khabar aku dilahirkan ketika ibu
hendak melangkah ketangga rumah saudara ketika itu. Setelah aku lahir, kami sekeluarga berpindah
tidak lama itu. Kami berpindah setelah
ayah berpeluang hidup sebagai seorang peneroka di salah sebuah kawasan di
Pahang Darul Makmur.
Aku dididik sebagai seorang anak yang hidup di masjid setiap
kali masuk waktu. Ayah gemar solat
berjemaah dan menalaqqi ilmu agama setiapkali kuliah diberi oleh imam di tempat
baru ini. Kitab yang ayahku habis
belajar adalah karangan seorang ulama terkenal Sheikh Wan Ali Kutan dan
beberapa kitab lain.
Rupanya ayah boleh berubat orang. Baruku tahu apabila aku sentiasa melihat ada
orang sering minta ayah membantu. Ayah
memang menerima ijazah perubatan islam dari ayahnya sendiri dan menerima
beberapa cara perubatan ketika belajar dari imam-imam di masjid.
Aku mula membesar sebagai seorang kanak-kanak sekolah rendah
sehingga lahirlah adik kembarku.
Kehidupan masjidku berjalan seperti biasa. Aku memang dibesarkan dengan didikan agama
dari ayahku sendiri. Ibuku pandai
menyulam kopiah sehinggakan dari kecil aku memang berkopiah hasil sulaman ibu
sendiri.
Sedikit kelebihan diriku ialah aku bersolat dengan berserban
hasil lilitan ayah sehinggakan kini aku masih berserban ketika solat hasil
kebiasaanku dari kecil.
Kakak dan abangku tidak berpeluang seperti diriku. Mereka berdua semasa kecil bersama nenek dan
semasa menengah berjauhan kerana duduk di sekolah berasrama. Manjaku dengan ayah dan ibu lebih dari mereka
dan memanglah cemburu dari mereka pasti tertanam.
Tapi aku sekarang berebut kasih sayang dengan adik kembarku
pula.
Aku mula membesar sebagai seorang pelajar yang sederhana
pandai berbanding keluarga yang lain.
Abangku kini mempunyai dua Ijazah dalam Negara dan luar Negara. Walaupun aku anak lelaki tetapi aku tetap
tidak boleh mengejar seperti abangku memandangkan aku memang sangat lemah
belajar dan berada di dalam aliran sastera berbanding abang dan kakakku yang
berada di aliran sains.
Setelah aku tamat menengah ayah menyuruh aku berdikari dan
tempat pertama aku adalah bekerja di estet.
Aku mula bekerja ditengah belantara berkawan dengan haiwan-haiwan ganas dan
berbisa yang kekadang terjumpa semasa menjalankan tugas sebagai ketua pekerja
bagi Tenaga Pekerja Asing. Berbagai
pengalaman yang aku lalui sehinggakan aku banyak kali bertukar tempat kerja
tetapi sama berada di dalam sebuah hutan juga.
Sehinggalah aku mula ditawarkan belajar sebagai seorang
pelukis pelan di sebuah institusi pendidikan selama 2 tahun dan tamat dengan
jayanya setelah itu. Aku mula bekerja
bersama ayah sebagai pengusaha ladang ayam daging meninggalkan sijil Pelukis
Pelan yang aku terima tetapi aku dan ayah berhenti setelah mengusahakan agak
lama ternakan ayam ini. Ayah mula
mengusahakan ladangnya dan aku pula bekerja sebagai kerani di Bentong Pahang.
Semasa di bentong aku mula berguru dengan seorang mudir (Al
Marhum) disebuah pondok di Ulu Yam, Kuala Kubu Baru sehinggakan aku diizinkan
dengan beberapa ilmu agama dan ilmu perubatan islam dari beliau.
Aku mula berpindah ke Kuala Lumpur Setelah mendirikan rumah
tangga dengan seorang wanita pilihan hati.
Dengan izin Allah aku dikurniakan seorang anak perempuan
setelah beberapa minggu kereta kesayanganku dicuri bersama pakaian bayi yang
aku telah sediakan di dalam kereta. Aku
kehilangan hampir RM 5000 setelah 3 kali berpindah semenjak kehilangan kereta
memandangkan isteri menjadi takut semejak itu.
Kini aku tinggal di Selangor bersama isteri dan anak
perempuan. Dengan izin Allah aku
dikurniakan pula seorang anak lelaki membuatkan ayah dan ibuku bergegas datang
dari Pahang kerana cucunya bertambah seorang lagi menjadi 5 orang jika dikira
bersama abang dan kakakku sekali.
Sedih dan pilu setelah ayah dan ibu pulang aku mendapat
khabar anakku dikategori sebagai pengidap jantung berlubang PDA dan ASD.
Ayahku datang semula bergegas ke Hospital Kuala Lumpur. Aku ingat pesanan ayah, “Belajarlah, jangan
bergantung pada aku sepenuhnya”.
Semestinya aku memang sangat manja dengan ayah maklumlah doa ayah selalu
makbul InsyaAllah.
Sebenarnya ayahku sangat letih memandangkan baru sahaja
berulang melihat abang iparku menjalani pembedahan pada paru-parunya.
Untuk mengelak ayahku kerap berulang aku serahkan anak
perempuanku berumur 2 tahun ketika itu untuk jagaan ibuku melalui ayahku. Jadi ayah dan ibu hanya berulang 2 minggu
sekali melihat cucunya di hospital sambil membawa anak perempuanku kerana
merindui ibunya.
Isteriku terpaksa bercuti lama untuk menjaga anakku
sementara menunggu hari untuk pembedahan.
Aku mula terasa terhimpit, tidak menjaga kesihatanku sendiri. Hinggakan mataku mula sentiasa melihat
sesuatu yang tidak orang lain lihat disebabkan tidak cukup tidur.
Aku menjadikan sebuah kerusi di pintu masuk Hospital
kanak-kanak untuk berehat dan tidur setiap kali pulang kerja kerana mudah apa-apa
perkara sehingga semenjak itu berbagai-bagai jenis orang gila rupanya sama-sama
menjadikan tempat tidur berhampiran aku.
Satu perkara yang paling aku tidak mahu mendengar apabila terjadi satu perkara yang sangat
menyentuh dan permulaan kisah sebenar perubahan hidupku.
Ketika itu aku baru sahaja selesai solat jumaat. Aku terasa sesuatu, tiba-tiba gegaran telefon mengejutkan aku.
Abang! Adik aku mebuat panggilan menyatakan sesuatu buruk berlaku. Sedih,pilu
dan tersentap hati.
Ayahku yang aku jadikan teman berbicara agama terlibat
dengan kemalangan jalanraya ketika selesai solat jumaat. Kakinya tergiris dengan brek motosikal
menyebabkan hampir putus dan kepalanya terhentak di jalanraya.
Aku bergegas ke Pahang di mana ayahku telah dikejarkan ke Hospital
Besar Kuantan. Semasa ayahku kemalangan
tercampak roti yang dibelinya untuk memberi kepada anak perempuanku yang sedang
dijaga.
Aku teringat pesanan ayahku,“Belajarlah, jangan bergantung
pada aku sepenuhnya”. Aku menangis kerana
pesanan itu teringat kembali semasa memandu menuju ke Hospital Kuantan untuk
melawat ayahku yang tercinta.
Ya Allah!, kau sembuhkanlah ayahku.
Sebenarnya aku ke Kuantan bersama isteri dan anak setelah
meminta izin untuk keluar melawat ayahku.
Pesanan Doktor agar datang semula ke Hospital nanti.
Ayahku dekat 2 minggu
di Hospital dan sudah boleh pulang ke rumah. Tetapi doctor berharap agar kami sendiri dapat
memulihkan ingatan ayah kembali.
Aku, abang, adik-adik mula saling ingat mengingat agar taat
kepada Allah kerana orang yang sentiasa menegur adalah ayahku sebelum ini.
Aku terpaksa pulang semula ke Selangor kerana ikatan kerja
dan isteriku menjaga anak dirumah sebelum dihantar ke hospital lain yang lebih
hampir dengan kediaman kami.
Sebenarnya semenjak ayahku kemalangan aku telah mula
menghadiri kuliah-kuliah agama sehinggakan aku telah berguru dengan beberapa
ulama di antaranya bekas imam besar Masjid Negara, bekas pegawai agama istana,
dan beberapa ulama’ tanah air yang sangat aku sanjung sehingga kini.
Semasa anakku berada di sebuah hospital lain yang
berhampiran di rumahku Selangor mengantikan Hospital Kuala Lumpur beberapa
bulan lamanya aku mula mendaftarkan diri untuk belajar talaqqi hadith dari
ulama-ulama di sebuah universiti tempatan.
Aku mula mengenal hadith dan ketenangan mula datang. Aku mula dapat menghadapi dugaan selama ini
dengan tenang.
Di antara guru-guru aku bertalaqqi hadith kebanyakan
berjawatan di dalam Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan sangat berkelayakan. Ada
yang bergelar Profesor dan ada yang MA ke atas dalam bidang hadith.
Setelah 8 bulan lamanya tibalah anakku dihantar ke IJN untuk
pembedahan untuk menyempitkan saluran darahnya dijantung yang dibuat terlebih
dahulu. Ketika itu anak aku berusia 8 bulan.
Hanya kepada Allah aku berdoa. Sebelum pembedahan aku telah menerima zikir
amalan secara ijazah dari seorang mudir pondok di Kelantan yang datang memberi
kuliah di tempatku. Di dalam zikir itu ada doa-doa amalan yang aku jadikan
sebagai kekuatan dan doa untuk pembedahan anakku berjaya.
Sebenarnya ketika ini ayahku sudah pulih seperti biasa dan ada
bersama-sama aku mengikuti van ambulan hospital menuju ke IJN.
Aku sebenarnya telah membelanjakan sudah hampir RM 20 000
selama mana isteri dan anak-anak di hospital. Aku bukanlah senang sangat tetapi
itulah duit yang aku telah berhutang di salah sebuah bank tempatan dan aku
terpaksa berhutang sekali lagi kerana isteriku terpaksa bercuti untuk menjaga
anakku setelah berjaya di dalam pembedahan.
Kalau tak silap aku, aku terpaksa membayar lebih RM 900
sebulan kerana hutangku yang entah bila akan habis.
Ya Allah! Engkau permudahkanlah aku untuk menjelaskan hutang
ini.
Sehinggakan pernah salah seorang guruku berkata. Bersedekahlah walaupun kita juga sangat
memerlukan ketika itu, kerana ada rahsia tersembunyi yang pasti dengan izin
Allah anda akan perolehi. Allah itu sangat pemurah dan galakkan orang lain juga
bersedekah sekali. Kerana beberapa pengalaman yang aku telah perolehi
sehinggakan aku sendiri tolong mengutip derma-derma.
Kini anak aku sedang pula menunggu untuk rawatan jantung
berlubangnya.
Semoga Allah menyembuhkannya
tanpa pembedahan.
Rupanya sekali lagi ujian untuk aku. Ayahku kena stroke sebelah kiri dan terpaksa
mendapat rawatan di hospital. Semenjak
itu aku mula menghidap darah tinggi yang tidak menentu.
Aku berdoa kepada Allah agar disembuhkan ayahku. Alhamdulillah ayahku pulih setelah 2 minggu
lumpuh sebelah badannya sehingga menghairankan doktor yang merawat secara
susulan.
Tetapi ayahku tidak seperti dulu. Aku sangat merindui agar ayahku cergas
seperti asal agar ia dapat kembali solat berjemaah di masjid.
Isteriku mula bekerja kembali. Aku pula meneruskan berguru secara bertalaqqi
setiap minggu dengan ulama-ulama dari sebuah universiti tempatan.
Untuk menambahkan lagi ilmu yang sedikit ini, aku telah
berguru dengan seorang maulana yang hampir 15 tahun di Darul Ulum Deoband dan
berguru dengan seorang Sheikh yang merupakan ulama Bogor,Indonesia yang sekian
lama menetap di Mesir.
Yang istemewanya ialah guru-guruku ini mengajar secara
talaqqi di Malaysia secara mingguan dan bulanan.
Sehingga kini aku tetap kerani. Aku pernah terbaca sebuah kisah seorang ulama
bertaraf wali di Kelantan yang pernah menjadi kerani semasa mudanya.
Semoga kisah ini menjadi pembimbing kepada diriku dan
menjadikan aku sentiasa teguh dan bersyukur kepada Allah SWT.
Wednesday, 25 April 2012
Kategori Hadith
Mungkin anda suka membaca hadith tetapi mungkin anda juga tidak tahu sebenarnya hadith mempunyai beberapa kategori. Tersalah amal dan tersalah sampaikan mungkin anda adalah golongan yang mendustakan kata-kata Nabi.
"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan yang bukan amalan kami, maka amalan itu tertolak" -Bukhari dan Muslim
Diantara kategori hadith terdaapat pula yang Sahih,Hasan,Daif dan Maudu.
Yang hendak dibincangkan di sini ialah berkenaan hadith Maudu' iaitu palsu atau direka-reka. Permasalahannya di sini ialah kebanyakan hadith-hadith Maudu' dinisbahkan kepada Baginda Rasulullah SAW dengan berbagai-bagai tujuan. Diantaranya ialah serangan musuh-musuh islam untuk meragu-ragukan. Ada juga yang berniat politik semata-mata.
Ketahuilah bahawa haram hukumnya jika kita cuba menyampaikan hadith-hadith yang Maudu' dimana kita menyedari kepalsuannya.
"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan yang bukan amalan kami, maka amalan itu tertolak" -Bukhari dan Muslim
Diantara kategori hadith terdaapat pula yang Sahih,Hasan,Daif dan Maudu.
Yang hendak dibincangkan di sini ialah berkenaan hadith Maudu' iaitu palsu atau direka-reka. Permasalahannya di sini ialah kebanyakan hadith-hadith Maudu' dinisbahkan kepada Baginda Rasulullah SAW dengan berbagai-bagai tujuan. Diantaranya ialah serangan musuh-musuh islam untuk meragu-ragukan. Ada juga yang berniat politik semata-mata.
Ketahuilah bahawa haram hukumnya jika kita cuba menyampaikan hadith-hadith yang Maudu' dimana kita menyedari kepalsuannya.
Saturday, 24 March 2012
TASAWUF SESAT ATAU SEBALIKNYA?
Sebenarnya ramai yang masih tidak faham apa itu tasawuf,sufi,tarekat dan yang seangkatan dengannya. Masyarakat sekadar tahu melabelkan dengan istilah sesat dan bidaah semata-mata tanpa kajian dan budibicara ilmiah. Kekadang mulut berkata-kata tanpa tidak menyedari siapa di hadapan mereka. Kerana mulut, hilang kawan. Kerana mulut juga ilmu yang kita ada rupanya menyerlahkan lagi kekurangan. Tasawuf memang masih tidak dijumpai istilah asal atau bahasa apa sebenarnya sebutan tersebut. Sebelum ini, zuhud, ihsan, ilham, sabar, tawadu’ dan ikhlas hampir sama apa yang hendak dibincangkan. Sebenarnya masyarakat sekarang lebih mudah memahami Pembersihan rohani berbanding istilah tasawuf itu sendiri. Buku tentang kesesatan dan pembicaran tentang tasawuf memang banyak di pasaran sehingga ramai golongan-golongan baru dalam bidang agama sendiri banyak melabelkan golongan tasawuf ini bidaah semata-mata. Kerana inilah ramai pemimpin, golongan tinggi agama dan cendiakawan-cendiakawan ramai di dunia ini dalam keadaan cinta dunia dan jauh dengan kewarakan. Mengapa jadi begini?. Tidak lain tidak bukan kerana mereka langsung tidak mendekatkan diri dengan kebersihan rohani kerana tepesong dan sengaja menjauhkan diri dengan tasawuf atau keikhklasan niat. Tidak salah menjauhkan diri dengan tasawuf tetapi kebersihan rohani sebenarnya sangat perlu. Tasawuf sekadar pengenalan untuk memudahkan kita faham. Dalam erti kata lain sekadar tajuk untuk kita tahu apa isi kandungannya. Kupas dan cuba rasa dahulu. Memang benar ada golongan yang sesat dalam pengambilan tasawuf. Tetapi yang sesat sebenarnya mengambil tajuk sahaja tetapi di dalamnya tiada langsung pengisian yang masih boleh diterima pakai oleh golongan alim hadith. Sehinggakan kini golongan sufi mula menerima habuan fitnah dari masyarakat. Sebenarnya jika dilihat golongan-golongan tasawuf, merupakan ulama-ulama yang memang alim dengan ilmu agama terutama dalam bidang hadith. Mana mungkin yang mereka amalkan adalah bidaah dan sesat semata-mata. Cuma peredahan masa telah mengubah semuanya dalam pengenalan ilmu tasawuf. Semakin hari semakin ramai yang sesat kerana mengambil tasawuf sahaja tanpa ilmu-ilmu yang lain. Golongan pelampau-pelampau agama inilah sebenarnya yang telah membuatkan masyarakat mula memandang serong di dalam ilmu rohani ini. Jika kita lihat dari matan-matan hadith sahih sendiri telah membuktikan adanya unsur-unsur yang sangat berkaitan dengan ilmu tasawuf ini. Hadith mengenai niat, ihsan, sabar dan mementing saudara lebih dari diri sendiri memang ada dalam hadith dan bukan bidaah semata-mata. Jika kita bincangkan mengenai bidaah pula, sudah tentu ramai yang masih tidak tahu bidaah ada yang tertolak dan dituntut. Bidaah yang ditolak sudah tentulah bidaah yang ditambah-tambah di dalam ibadat yang masih didalam perselesihan pendapat golongan agama. Sehinggakan adanya hadith-hadith palsu dan tertolak. Manakala yang dituntut pula ramai yang melakukannya. Apa itu?, bukankah menaiki kereta ke masjid juga bidaah?. Penciptaan kereta adalah bidaah sebenarnya kerana kita sudah ada kuda dan haiwan-haiwan tunggangan yang dicipta oleh Allah SWT. Bidaah adalah pembaharuan. Mengapa masih ada alim ulama,mufti,ustaz yang menaiki motosikal dan kereta ke masjid sedangkan ia bidaah?. Semestinya tidak kerana ini adalah kemajuan dimana ia dituntut oleh Islam sendiri. Oleh kerana itulah golongan-golongan yang baru mengenal agama perlu berhati-hati didalam apa jua pendapat,hujah dan biarlah ia bersandarkan Al Quran dan Sunnah. Negara kita sendiri mempunyai bahagian pemantau ajaran-ajaran tasawuf/tarekat ini. Bukannya semua tertolak dan bukan yang tidak diwartakan itu juga masih selamat. Oleh kerana inilah golongan-golongan yang faham dengan agama mereka cuba membaja jiwa mereka dengan ilmu tasawuf ini. Setiap insan sangat berbeza tahap kerohanian mereka. Zikir,sunat taubat,solat sunat dan puasa adalah amalan biasa alim ulama kita lakukan. Kerana inilah kita sebagai orang awam tidak dapat apa-apa khasiat yang alim ulama kita sudah perolehi. Kita banyak menghabiskan masa dengan berhujah tentang kesesatan tanpa mehiraukan perkara lain yang masih boleh dilakukan. Bagi golongan tasawuf maqam terdapat 2 bahagian. Matlub dan Ghairu Matlub. Matlub seperti ikhlas,sabar,zuhud dan lain-lain manakala Ghairu Matlub seperti khasaf,ilham dan keramat. Bila tersalah ambillah yang menyebabkan apa yang kita bincang tadi termasuk di dalam golongan Ghairu Matlub iaitu golongan yang semata-mata mahukan kelebihan dan nama sehingga menenggelamkan maksud sebenar pembersihan ruhani itu sendiri.
Sunday, 26 February 2012
Lalat! Faedah atau Sebaliknya...
حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ قَالَ حَدَّثَنِي عُتْبَةُ بْنُ مُسْلِمٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ بْنُ حُنَيْنٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالْأُخْرَى شِفَاءً "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” SURAH AL-HAJJ (22): “Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).” Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali dengan nama dimestica. Lalat jinak ini mudah ditemui dan berada di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Ia boleh hidup dalam persekitaran dan keadaan yang pelbagai. Luther West dalam The Housefly menyebut, lalat jenis musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru, apabila Nabi Muhammad s.a.w berkata berkenaan lalat, besar kemungkinan beliau sedang menceritakan berkenaan lalat ini. PENYAKIT DARI LALAT Pada abad kesembilan belas, tahun 1871, Profesor J. Leidy telah menjalankan kajian dan mendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteris dan dalamannya mengandungi enam hingga lapan kali ganda kuman berbanding luarannya. Lalat juga dikenal pasti sebagai serangga pembawa penyakit demam kepialu atau thyphoid, taun atau cholera, cirit birit atau bacillary dysentery dan banyak lagi. MEMBUNUH KUMAN Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938 mendapati kuman-kuman virus di dalam badan lalat berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacterioophage yang mampu membunuh kuman-kuman sophylococcus muscae, Escherichia coli, salmonella paratyphi dan eberthella typhosa. RUMUSAN Hadis lalat ini menampakkan keunikan dan kebaikan lalat. Perkara ini terbukti pada hari ini apabila sains moden menjadikan lalat buah, khususnya drosophila melanogaster sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia, termasuk dalam aspek genetic. Nabi Muhammad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)








