Wednesday, 25 April 2012

Kategori Hadith

Mungkin anda suka membaca hadith tetapi mungkin anda juga tidak tahu sebenarnya hadith mempunyai beberapa kategori.   Tersalah amal dan tersalah sampaikan mungkin anda adalah golongan yang mendustakan kata-kata Nabi.

"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu amalan yang bukan amalan kami, maka amalan itu tertolak" -Bukhari dan Muslim

Diantara kategori hadith terdaapat pula yang Sahih,Hasan,Daif dan Maudu.


Yang hendak dibincangkan di sini ialah berkenaan hadith Maudu' iaitu palsu atau direka-reka.  Permasalahannya di sini ialah kebanyakan hadith-hadith Maudu' dinisbahkan kepada Baginda Rasulullah SAW dengan berbagai-bagai tujuan.  Diantaranya ialah serangan musuh-musuh islam untuk meragu-ragukan.  Ada juga yang berniat politik semata-mata.


Ketahuilah bahawa haram hukumnya jika kita cuba menyampaikan hadith-hadith yang Maudu' dimana kita menyedari kepalsuannya.

Saturday, 24 March 2012

TASAWUF SESAT ATAU SEBALIKNYA?


Sebenarnya ramai yang masih tidak faham apa itu tasawuf,sufi,tarekat dan yang seangkatan dengannya. Masyarakat sekadar tahu melabelkan dengan istilah sesat dan bidaah semata-mata tanpa kajian dan budibicara ilmiah. Kekadang mulut berkata-kata tanpa tidak menyedari siapa di hadapan mereka. Kerana mulut, hilang kawan. Kerana mulut juga ilmu yang kita ada rupanya menyerlahkan lagi kekurangan. Tasawuf memang masih tidak dijumpai istilah asal atau bahasa apa sebenarnya sebutan tersebut. Sebelum ini, zuhud, ihsan, ilham, sabar, tawadu’ dan ikhlas hampir sama apa yang hendak dibincangkan. Sebenarnya masyarakat sekarang lebih mudah memahami Pembersihan rohani berbanding istilah tasawuf itu sendiri. Buku tentang kesesatan dan pembicaran tentang tasawuf memang banyak di pasaran sehingga ramai golongan-golongan baru dalam bidang agama sendiri banyak melabelkan golongan tasawuf ini bidaah semata-mata. Kerana inilah ramai pemimpin, golongan tinggi agama dan cendiakawan-cendiakawan ramai di dunia ini dalam keadaan cinta dunia dan jauh dengan kewarakan. Mengapa jadi begini?. Tidak lain tidak bukan kerana mereka langsung tidak mendekatkan diri dengan kebersihan rohani kerana tepesong dan sengaja menjauhkan diri dengan tasawuf atau keikhklasan niat. Tidak salah menjauhkan diri dengan tasawuf tetapi kebersihan rohani sebenarnya sangat perlu. Tasawuf sekadar pengenalan untuk memudahkan kita faham. Dalam erti kata lain sekadar tajuk untuk kita tahu apa isi kandungannya. Kupas dan cuba rasa dahulu. Memang benar ada golongan yang sesat dalam pengambilan tasawuf. Tetapi yang sesat sebenarnya mengambil tajuk sahaja tetapi di dalamnya tiada langsung pengisian yang masih boleh diterima pakai oleh golongan alim hadith. Sehinggakan kini golongan sufi mula menerima habuan fitnah dari masyarakat. Sebenarnya jika dilihat golongan-golongan tasawuf, merupakan ulama-ulama yang memang alim dengan ilmu agama terutama dalam bidang hadith. Mana mungkin yang mereka amalkan adalah bidaah dan sesat semata-mata. Cuma peredahan masa telah mengubah semuanya dalam pengenalan ilmu tasawuf. Semakin hari semakin ramai yang sesat kerana mengambil tasawuf sahaja tanpa ilmu-ilmu yang lain. Golongan pelampau-pelampau agama inilah sebenarnya yang telah membuatkan masyarakat mula memandang serong di dalam ilmu rohani ini. Jika kita lihat dari matan-matan hadith sahih sendiri telah membuktikan adanya unsur-unsur yang sangat berkaitan dengan ilmu tasawuf ini. Hadith mengenai niat, ihsan, sabar dan mementing saudara lebih dari diri sendiri memang ada dalam hadith dan bukan bidaah semata-mata. Jika kita bincangkan mengenai bidaah pula, sudah tentu ramai yang masih tidak tahu bidaah ada yang tertolak dan dituntut. Bidaah yang ditolak sudah tentulah bidaah yang ditambah-tambah di dalam ibadat yang masih didalam perselesihan pendapat golongan agama. Sehinggakan adanya hadith-hadith palsu dan tertolak. Manakala yang dituntut pula ramai yang melakukannya. Apa itu?, bukankah menaiki kereta ke masjid juga bidaah?. Penciptaan kereta adalah bidaah sebenarnya kerana kita sudah ada kuda dan haiwan-haiwan tunggangan yang dicipta oleh Allah SWT. Bidaah adalah pembaharuan. Mengapa masih ada alim ulama,mufti,ustaz yang menaiki motosikal dan kereta ke masjid sedangkan ia bidaah?. Semestinya tidak kerana ini adalah kemajuan dimana ia dituntut oleh Islam sendiri. Oleh kerana itulah golongan-golongan yang baru mengenal agama perlu berhati-hati didalam apa jua pendapat,hujah dan biarlah ia bersandarkan Al Quran dan Sunnah. Negara kita sendiri mempunyai bahagian pemantau ajaran-ajaran tasawuf/tarekat ini. Bukannya semua tertolak dan bukan yang tidak diwartakan itu juga masih selamat. Oleh kerana inilah golongan-golongan yang faham dengan agama mereka cuba membaja jiwa mereka dengan ilmu tasawuf ini. Setiap insan sangat berbeza tahap kerohanian mereka. Zikir,sunat taubat,solat sunat dan puasa adalah amalan biasa alim ulama kita lakukan. Kerana inilah kita sebagai orang awam tidak dapat apa-apa khasiat yang alim ulama kita sudah perolehi. Kita banyak menghabiskan masa dengan berhujah tentang kesesatan tanpa mehiraukan perkara lain yang masih boleh dilakukan. Bagi golongan tasawuf maqam terdapat 2 bahagian. Matlub dan Ghairu Matlub. Matlub seperti ikhlas,sabar,zuhud dan lain-lain manakala Ghairu Matlub seperti khasaf,ilham dan keramat. Bila tersalah ambillah yang menyebabkan apa yang kita bincang tadi termasuk di dalam golongan Ghairu Matlub iaitu golongan yang semata-mata mahukan kelebihan dan nama sehingga menenggelamkan maksud sebenar pembersihan ruhani itu sendiri.

Sunday, 26 February 2012

Lalat! Faedah atau Sebaliknya...



حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلَالٍ قَالَ حَدَّثَنِي عُتْبَةُ بْنُ مُسْلِمٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُ بْنُ حُنَيْنٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالْأُخْرَى شِفَاءً "Apabila lalat terjatuh ke dalam bekas minuman salah seorang di antara kamu, celuplah dan kemudian buanglah ia kerana pada sebelah sayapnya mengandungi penawar dan di sebelah sayapnya yang lain mempunyai penyakit.” SURAH AL-HAJJ (22): “Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).” Lalat memang dikenali di seluruh dunia. Pada tahun 1964, ahli-ahli sains mengenal pasti 80,000 spesies lalat di seluruh dunia. Lalat rumah dikenali dengan nama dimestica. Lalat jinak ini mudah ditemui dan berada di mana-mana termasuk di kepulauan Arab. Ia boleh hidup dalam persekitaran dan keadaan yang pelbagai. Luther West dalam The Housefly menyebut, lalat jenis musca domestica banyak terdapat di kawasan Timur Tengah. Justeru, apabila Nabi Muhammad s.a.w berkata berkenaan lalat, besar kemungkinan beliau sedang menceritakan berkenaan lalat ini. PENYAKIT DARI LALAT Pada abad kesembilan belas, tahun 1871, Profesor J. Leidy telah menjalankan kajian dan mendapati lalat adalah pembawa pelbagai kuman kepada manusia. Pada tahun 1929, H.Y Yao, I.C. Yuan dan D. Huie mengkaji lalat-lalat di Beijing dan mendapati luarannya mengandungi lebih kurang 3,683,000 kuman bakteris dan dalamannya mengandungi enam hingga lapan kali ganda kuman berbanding luarannya. Lalat juga dikenal pasti sebagai serangga pembawa penyakit demam kepialu atau thyphoid, taun atau cholera, cirit birit atau bacillary dysentery dan banyak lagi. MEMBUNUH KUMAN Shope pada tahun 1927, dan Glaser 1938 mendapati kuman-kuman virus di dalam badan lalat berfungsi membunuh kuman-kuman bakteria. Kajian ke atas lalat rumah musca domestica menunjukkan, ia mengandungi virus bacterioophage yang mampu membunuh kuman-kuman sophylococcus muscae, Escherichia coli, salmonella paratyphi dan eberthella typhosa. RUMUSAN Hadis lalat ini menampakkan keunikan dan kebaikan lalat. Perkara ini terbukti pada hari ini apabila sains moden menjadikan lalat buah, khususnya drosophila melanogaster sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia, termasuk dalam aspek genetic. Nabi Muhammad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.

Hadith dan Sains

Hadis-hadis yang musykil dari sudut ilmu sains ialah hadis-hadis yang memberi maksud atau pengajaran yang tidak selari dengan penemuan dan fakta sains masa kini. Ada di antara hadis-hadis ini yang terasing dengan sains, ada yang bertentangan dengan sains dan ada yang dibuktikan salah oleh sains. Sebenarnya hadis-hadis yang dianggap musykil ini hanyalah merupakan sesuatu yang wujud pada pandangan zahir seseorang. Sebenarnya tidak akan wujud sebarang pertentangan antara hadis-hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan alam kehidupan ini (yakni sains) kerana kedua-duanya adalah wahyu dan penciptaan yang berasal daripada sumber yang sama iaitu Allah ‘Azza wa Jalla. Adakah hadis yang dianggap bertentangan tersebut sahih isnadnya dan benar-benar berasal daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ? Adakah hadis yang dianggap bertentangan tersebut telah diterjemahkan atau difahami dengan tepat ? Adakah fakta sains tersebut sesuatu yang nyata (established fact) atau hanya teori yang belum dipersetujui secara jumhur oleh para ahlinya ? Apakah sudah dipertimbangkan kemungkinan bahawa hadis musykil tersebut sebenarnya menerangkan sesuatu yang pada hakikatnya masih belum dijangkau ilmunya ? Adakah hadis yang dianggap bertentangan tersebut asalnya disampaikan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sebagai satu ilmu sains atau hanya sekadar apa yang sesuai dengan suasana masyarakat di sekeliling baginda ? PERTAMA: Sunnah yang termasuk dalam urusan syari‘at seperti pegangan akidah, kaedah peribadatan dan sebagainya. Dalam sunnah yang pertama ini wahyu bersifat memerintah manakala Rasulullah hanyalah sebagai penyampainya. KEDUA: Sunnah yang termasuk dalam urusan ijtihad baginda sebagai seorang pemimpin seperti kaedah kepimpinan negara, strategi peperangan dan pengurusan masyarakat. Dalam sunnah yang kedua ini wahyu bersifat membimbing dengan memberi beberapa petunjuk asas agar tidak terkeluar dari batas yang diredhai syari‘at. KETIGA: Sunnah yang termasuk dalam urusan harian baginda sebagai seorang manusia seperti cara tidur, menyikat rambut, berpakaian dan sebagainya. Dalam sunnah ini wahyu bersifat memerhati dan menegur agar setiap perbuatan harian ini termasuk dalam lingkungan teladan hasanah yang dapat dicontohi oleh umat baginda.

Monday, 20 February 2012

Kenali Hadith Dhoif dan Palsu

Masyarakat kita mudah menerima bulat-bulat hadith-hadith tanpa berguru terlebih dahulu. Nasihat saya pelajarilah ilmu hadith atau dampingi guru-guru hadith.

Sunday, 19 February 2012

Sanad ana yang diterima daripada guru ana Ibnu Nawi bersama contoh Ijazah Sanad

Nasir Ahmad Khan who narrates from, Shaykh Hussain Ahmad Madani who narrates from Shaykh Mahmoodul Hasan Deobandi who narrates from, Shaykh Mohammed Qasim Nanotwi who narrates from, Shaykh Abdul Ghani Mujaddidi who narrates from, Shaykh Shah Ishaq Dehalwi who narrates from, Shaykh Shah Abdul-Aziz Dehalwi who narrates from, Shaykh Shah Waliullah who narrates from, Shaykh Abu Tahir Madani who narrates from, Shaykh Ibraheem Kurdi who narrates from, Shaykh Ahmed Al-Qashashi who narrates from, Shaykh Abu-Mawahib Ash-Shannari who narrates from, Shaykh Muhammad Ibn Ahmed Ibn Muhammad Ar-Ramali who narrates from, Shaykh Abul-Fadhal Yahya Ibn Zakariyya Ansari who narrates from, Shaykh Ibnul Haj’ar Asqalani who narrates from, Shaykh Ibraheem Ibn Ahmed At-Tanookhi who narrates from, Shaykh Ahmed Ibn Abi Talib who narrates from, Siraj Al-Hussain Ibn Mubarak Az-Zabidi who narrates from, Shaykh Isa Ibn Abdul-Awwal Ibn Isa who narrates from, Shaykh Abdur-Rahman Ibn Muzaffar who narrates from, Shaykh Abdullah Ibn Ahmed who narrates from, Shaykh Muhammad Ibn Yusuf who narrates from, Shaykh Muhammad Ibn Isamel Al-Bukhari who narrates from, Shaykh Humaidi Abdullah Ibn Zubair who narrates from, Shaykh Sufyan who narrates from, Shaykh Yahya Ibn Saeed Ansari who narrates from, Shaykh Muhammad Ibn Ibraheem who narrates from, Shaykh Alqamah Ibn Waqas who narrates from, Sayyidina Umar Ibn Khattab (R
A) who narrates from, Sayydina Rasul-ullah (Sallaho Alaihe Wassallam)

Di manakah anda?

Tahukan anda manusia apabila ditimba bencana,ujian,atau apa sahaja yang menyentuh perasaan sudah pastilah menguji tahap seseorang itu hampir atau jauh disisi Allah SWT. Orang awam atau manusia bergelar ustaz sekalipun paling tinggi mereka berada diposisi tengah iaitu redha dengan ujian yang dialami. paling tidakpun ramai pula yang sekadar bersabar. Sebenarnya memang sukar hendak kita mencari golongan-golongan yang bersyukur.... Syabar---Redha---Syukur. Cuba lihat anda di mana? Contoh yang mudah kita fahami apabila ditimpa kemalangan jalan raya... terlanggar lembulah katakan.. sudah tentu ramai yang marah... Syabar pun tiada langsung... Tetapi tahukan kita... ada golongan yang bersyukur kerana .... masih hidup mungkin... atau bersyukur kerana tidak langgar orang agaknya... atau bersyukur kerana kenderaan dia yang rosak bukan orang lain...